DSV: Buat Kad Ucapan Sendiri

Kali ini leeza berkongsi tentang KAD UCAPAN BUATAN SENDIRI. Biasalah bulan Mei ni kan ada sambutan Hari Ibu dan Hari Guru. Kemudian, bulan Jun sambutan Hari Bapa pula. Leeza pun terfikirlah nak ajar anak murid buat kad sendiri. Simple jer……

DSV: Buat Kad Ucapan Sendiri

1. Lakaran bentuk hati di atas ni adalah untuk buat kad ucapan yang ada ada bentuk hati yang timbul semasa kad ucapan dibuka. (Idea sahaja)

2. Lipat kertas kemudian buat lakaran seperti di atas.

3. Gunting lakaran sebentar tadi kecuali bahagian yang ada lakaran garisan putus-putus. * Semakin besar hati dilakar, semakin comel hasilnya. (pendapat leeza)

Kad ucapan timbul

1. Kemudian, tolakkan ke dalam bahagian hati yang digunting. Gunakan garisan putus-putus tadi sebagai panduan. (lihat gambar di atas.

2. Gam bahagian tengah (tempat lipatan kertas ini) pada kad yang lebih keras.

3. Saiz kertas  ialah A4.

Bentuk Hati: Kad Ucapan

1. Hasil melekatkan kertas pada kad yang lebih keras adalah seperti gambar.

2. Kemudian, warnakan bentuk hati tadi mengikut kesesuaian.

3. Gambar dan pemilihan warna kertas yang baik  dapat menghasilkan kad ucapan lebih menarik.

Warnakan Hari Anda : Kad Ucapan Sendiri
Buat Gambar Jadi Timbul

1. Kalau nak mudah gunalah double sided seperti gambar.

2. Atau boleh guna sponge (kelemahan, susah nak lekat)

Bahagian Depan Kad Ucapan

1. Demikianlah Hasil Kad Ucapan leeza.

2. Murid bolehlah tulis pada hadapan kad ini SELAMAT HARI IBU.. HARI BAPA atau HARI GURU.

BELAKANG KAD UCAPAN

1. Bahagian belakang kad ucapan : Sebenarnya leeza tak tahu lah nak buat apa. 

2. Terfikir.. budak-budak mesti suka lukis tangan mereka.. Belasah jew lah…

3. Sekian sahaja!!

BAHAN-BAHAN : 

1. Kad keras (manila kad pun boleh).. saiz A4 or A5

2. Gam, gunting, pensel warna, magic colour

3. Gambar yang hendak digunakan.

3. Double sided / sponge

LAIN-LAIN BERKAITAN SENI YANG TAK BERAPA NAK SENI :  DUNIA SENI VISUAL >>KLIK KLIK<<

TITIK SANTAI :: :: ::

Leeza mohon maaf di atas setiap kekurangan. Leeza masih dalam golongan pendidik yang sedang berusaha memantapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Esok akan ke VIVATEL untuk SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT WILAYAH (wakil sekolah)…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *