Kaligrafi China di SJKC Tsun Jin

Kaligrafi China di SJKC Tsun Jin

Pertandingan Kaligrafi China telah berlangsung sebelum menjelang Tahun Baharu Cina. Suasana dan keadaan di sekolah sungguh meriah. Lagi-lagi bilangan murid sekolah leeza amat ramai. Nak kawal disiplin murid pun agak susah sekali. Budak kalau dah ada event macam ni, perangai mereka pun lain macam. Haaaaa…..

Apa itu Kaligrafi China? Tulisan China ada macam-macam variasi. Pada pertengahan abad ke 20 an, variasi ini telah diringkaskan. Kaligrafi China merupakan seni yang tinggi di China dan ianya dianggap lebih tinggi atau lebih bernilai berbanding lukisan gambar ataupun muzik. Kaligrafi sebenarnya telah disamakan penggunaannya dengan seorang pegawai kerajaan yang terpelajar dan ianya menjadi komersial dan tulisan mereka menjadi barang berharga.

suntingan daripada laman ini

Itulah serba ringkas yang boleh leeza jelaskan. Jom lihat contoh Kaligrafi China oleh murid SJKC Tsun Jin. 

Kaligrafi China: Cukup panjang tak?

Dari depan pagar sampai lah ke hujung. 

Kaligrafi China: Asal buat jer budak-budak ni… 🙁
Yeah.. anda nampak siapa itu?
Kaligrafi China: Antara yang baik.

Itulah suasananya. Mengajar di SJKC, banyak pengalaman baharu. Dahulu mempunyai pengalaman belajar di SJKC, sekarang merasa pula MENGAJAR di SJKC. Serius sangat menarik. Menarik yang dimaksudkan bukannya hanya bertumpukan pada yang bahagia2.. yang duka juga ada. Tapi itu namanya DUGAAN. 

TITIK SANTAI :: :: ::

Guru itu sudah kerja mendidik, membimbing, mengajar. Kalau semua murid memang bijak, tak perlulah Guru. 
Chaiyok2..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *